Followers

Tuesday, June 15, 2010

Manik, pearl & crystal.

Baju kepunyaan Puan Ayu, mahukan jahitan dihujung lengan sahaja dan permintaan hanya menggunakan manik, pearl & crystal sahaja.


Pesannya jahit yang simple2 sahaja.




Thursday, June 3, 2010

Saalaaammmmmmm.......

Salam semua...
Laammmaaanya tak update blog ni, sebab sejak akhir2 ni internet kat rumah asyik on-off jer. Disini juga saya umumkan "TEMPAHAN UNTUK HARI RAYA DITUTUP", saya minta maaf jugak yg mana telah sms @ email saya bertanyakan tentang tempahan manik labuci, kecil tapak tangan nyiru ditadahkan tapi apakan daya dah tak terdaya rasanya sekarang ni. InsyaAllah dimasa masa saya akan updatekan jahitan manik labuci saya seterusnya..

Dibawah ni adalah tudung2 yg telah diperindahkan dengan manik labuci.


Tudung Kak Asmah, nak pakai masa kenduri kahwin katanya, beliau inginkan pattern yg sama seperti Tudung Ilham.


Tudung Ilham yang dipakai semasa dinner "Lady's in red"

Tuesday, April 20, 2010

Sakura

Saya tak pernah mengenali tuan empunya baju ni...walaupun ini adalah baju yg ke-4 nya yg telah diperindahkan dengan jahitan manik labuci saya, terima kasih yg tidak terhingga kerana mempercayai hasil kerjatangan saya selama ini.

Menggunakan labuci bowl untuk menbuat bunga2nya.


Sunday, April 11, 2010

Tiara Zara

Award daripada Nenek UniQue Collections (http://fiza848.blogspot.com/) terima kasih.

Design berbentuk Tiara dijahit pada pinggang baju jubah.



Monday, April 5, 2010

Pertandingan Sulaman Manik Kristal Piala FTIMdc 2010

Pertandingan diadakan pada 03/04/2010 bertempat di Yayasan Tun Adul Razak.

Dari kiri saya laa tu, Kak Saleha, Si kumbang Sheik & Noramanik

Early Bird punya hadiah...seronok sebab dapat manik labuci...

Buku-buku yang dibeli semasa majlis tersebut...less 30%

Pemenang pertama.

Pemenang kedua.

Pemenang ketiga.

Monday, March 29, 2010

Bunga Sisik Ikan

Bunga sisik ikan yang menggunakan pelbagai jenis labuci...


Friday, March 12, 2010

Tiara

Baju seorang student yang akan menghadiri convocation pada bulan April akan datang ni. Dinamakan TIARA kerana ianya berbentuk 3 segi seakan2 tiara.




Membership BFC