Followers

Showing posts with label Sulaman Benang. Show all posts
Showing posts with label Sulaman Benang. Show all posts

Sunday, October 11, 2009

Sweet Triangle

Salam Lebaran........
Rasanya dah lama sgt tak update blog ni(memang lama pun). Ini bj Cikgu Fauziah @ Kak Yah untuk hari raya merangkap untuk majlis menyambut menantu.

Mahukan design berbentuk 3 segi, lain dr design yg pernah sy jahit.

Bahagian leher dan terdapat sedikit sulaman benang.


Pada bahagian tangannya.

Wednesday, September 9, 2009

Pesona Ayu

Ini adalah baju ibunya pula, dinamakan Pesona Ayu sempena nama tuan punya baju. Baju pertama yang disulami manik labuci, jadi saya menggunakan warna-warna senada kerana bimbang warna-warna yang terang akan membuatnya tidak selesa. Mengkin selepas ni saya akan meletakkan warna-warna yang kontra pula.

Turut disulami dengan sulaman benang.

Dibahagian lehernya.

Dibahagian tangan.

Sulaman Benang

Baju 1st raya untuk anak-beranak Puan Ayu, baru kali pertama menghantar baju untuk disulam manik labuci. Untuk anak-anaknya hanya diminta menghiasi di tangan sahaja, kali ke2 saya menyulam pada tangan si adik kerana kainnya tak cukup umtuk dibuat baju.

Terdapat sulaman benang dan berry-berry lekat.

Baju si kakak, jugak disulami dibahagian tangan serta menggunakan benang sulan dwi warna.

Menggunakan labuci mangkuk dan kristal untuk daun-daunnya.

Saturday, August 15, 2009

Sulaman Benang

Baju anak2 dara Cikgu Fauziah, beliau menginginkan sulaman benang untuk anak-anaknya.

Bagi baju berwarna purple ini beliau meminta saya menjahit sulaman benang pada bahagian leher dan tangan.

Bahagian lehernya.

Baju ini pula hanya disulam pada bahagian tangannya saja, kerana kata ibunya ini adalah baju lama yang hendak diupgrade. Ibunya meminta yang menyulam design yang sama dengan kakaknya.

Layari eedacakes utk mengetahui lebih lanjut : http://eedacakes.blogspot.com/

Monday, July 20, 2009

Sulaman Benang


Baju baju ini untuk anak dara Pn Tini. Pn Tini meminta saya menjahit manik labuci dibahagian tangan baju anak daranya, tetapi saya cuba mengadunkannya dengan sulaman benang, teruja melihat hasil kerja rakan-rakan yang lain dengan sulaman manik labuci/benang. Walaupun tak seberapa namun rasanya ini permulaan...... bagi sulaman benang.

Baju ini berwarna hijau saya campurkan dengan daun kristal dan bunga kristal. Terdapat juga bunga-bunga yang dijahit dengan labuci dan sulaman benang saya selitkan dengan labuci kecil.


Seakan oren warna bajunya, dibahagian bunga saya gunakan manik mangkuk serta pearl, disulami dengan daun-daun kristal, sulaman benang pula saya gunakan benang 2 tone warna.


Coklat warna bajunya, terdapat berry sebelah, jadi berry ni tidak berayun tetapi melekat pada baju, masih menggunakan daun kristal dan benang sulam 2 tone warna dan bunga lebih kepada sisik ikan.

Membership BFC