Followers

Wednesday, May 27, 2009

Sambutan Hari Guru


Dalam kesibukkan yang melanda menjahit manik labuci tiba2 anak perempuan cakap " Mama tolong buat cupcakes nak bagi kat cikgu present Hari Guru". Alamak camner...kesian pulak tengok mukanya beria-ria sangat nak bagi cikgu hadiah...lepas tu nak cc pulak tu... apalagi mama dia kata " tak pa nanti mama beli present untuk cikgu, tak payah laa mama buat cc", hai apa lagi muka pun muncung sedepa...walaupun Hari Guru dah lepas tapi semasa sambutan nya dia orang tengah exam, tu yg minta minggu last sekolah... dan ini laa hasilnya mari kita cuci mata...Setiap orang guru dapat 4 biji setelah dicampur tolak dan bahagi.

Cupcakes yang dibawa ke sekolah...

Tuesday, May 26, 2009

Layanzzzzzzz



Sebenarnya tak banyak baju dapat disiapkan tapi kita layazzz pics yaa....Semua jahitan beads & sequins ni kat tangan jer...

Saturday, May 16, 2009

Wanita Anggun - Majlis Hari Ibu





















Saya menghadiri Majlis Hi Tea yang dianjurkan oleh Perkim Caw.Wanita Ulu Kelang pada 16 Mei 2009 di Flamingo Hotel Ampang. Majlis ini juga untuk meraikan Wanita Anggun dan Majlis Hari Ibu. Saya pun sebenarnya bidan terjun tak plan pun nak pergi tapi disebabkan ajakan kawan itu yang sampai jugak kesana. Majlis dirasmikan oleh YTM Tunku Panglima Besar Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz. Para artis yang menghiburkan para2 tetamu adalah Camelia dan Aishah ( Noramanik jgn mare akak pun jumpa Aishah) Sebenarnya tujuan saya upload gambar Aishah kat atas sbb manik kat baju nya...tak dapat ambik semua gambarnya, bahagian bawah baju pun ada manik jugak... saya snap kat bahagian dada sampai Aishah kata kenapa ambil gambar dekat sangat...klu org dah minat manik kasi hentam saja laa, sebenarnya dia tak tahu sy nak ambik gambar manik liplap2 dia hahaha...Jangan marah Aishah.
















Bersama-sama penyanyi Aishah selepas membuat persembahan. Suara Aishah live memang mantap giler.... Aishah menyanyikan 4 buah lagu Camar yg pulang, One night only, Melukut ditepi gantang dan Bahtera Merdeka ( klu tak silap laa)Sebenarnya ramai orang berebut-rebut hendak bergambar dengan Aishah termasuk laa tuan tanah.... tak kisah asal kosong jer bergambar dan yang disebelah kanan Aishah tu pun sy tak kenal, main pakai snap jer....
















Bergambar berlatar belakang pentas.
















Para ibu2 yang yang menghadiri Majlis Hi Tea. Dari kiri Puan Ilham, Puan Wati (salah seorang pemenang Wanita Anggun), Eedamanik & Puan Yati.

Wednesday, May 13, 2009

Happy Mother's Day

Mia dan Abang



















Salam Semua......

Rasanya belum terlambat saya mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu diluar sana. Saya pun mendapat card hari ibu dari anak saya Amiera Adriana. Walaupun cardnya bukanlah card yang khas (hanya sekeping kertas) tapi apa yang dicatit adalah dari nukilan rasa hatinya. Terima kasih Mia "Mama pun sayang Mia". Walaupun pada awalnya malu-malu nak bagi card, siap menyorok selepas bagi card tu, tapi bila saya lekatkan di peti sejuk baru rasa ok. Kepada ibu saya, saya ucapkan "Selamat Hari Ibu" Mak....ari ni sampai kot hadiahnya....semalam baru pos...

Jauhari Kerlipan


Baju ini kepunyaan kawan saya Puan Zahrah yang akan menghadiri perkahwinan adik iparnya pada cuti persekolahan yang akan datang ini. Diharap beliau berpuas hati dengan jahitan kali ini. Jahitan manik labuci ini saya namakan "Jauhari Kerlipan" supaya terus-terusan mengerlip-gerlip nanti ya.


Jahitan manik labuci dibahagian leher, ditaburi dengan pearl yang berwarna-warni.


Masih lagi dibahagian lehernya, menggunakan manik dan labuci.


Jahitan dibahagian tangan, ukuran tangan ni 3 inci. Dihiasi dengan batu2 dan bunga2 serta manik2 tabur.

Membership BFC