Followers

Monday, October 26, 2009

Sakura

Idea datangnya dari fp lilymanik, kekalkan nama yang sama Sakura, tq lily
http://lilymanik.fotopages.com/

Cuma jahit pada bahagian tangan saja.

Wednesday, October 21, 2009

Jentayu

Baju Kak Sarah saya jahitkan pattern jentayu dibahagian tangan saja dan dia mahukan juntai-juntaian jadi saya jahitkan juntaian berbentuk daun cuma ditambahkan sedikit sulaman benang.


Upgrade

Baju Kak Norhayati Mohamad, sebenarnya saya cuma upgrade jer baju ni, saya tambahkan berry2 berjuntai dan berry2 lekat serta highlight dibahagian daun, pada bahagian bunga dah ada.

Exora Emas

Baju ini kepunyaan saya sendiri, sebenarnya ini bukanlaa baju baru, baju lama dan ada disulam manik labuci yang simple ( biasalaa tukang jahit manik baju mesti tak glam sebab tak sempat nak jahit manik labuci kat baju sendiri )

Bila tengok baju customer meriah gan manik labuci teringin pulak saya, jadi pada bulan syawal yang lepas saya menjahit baju sendiri saja ( untuk customer saya cuma menjahit dibahagian tangan saja, yg berat2 semua lepas raya )...tapi biasa laa bila baju sendiri punya laa lama menjahit, tak siap2.

Setelah manik lama dibuka dan ini laa hasil nya....dapat jugak saya memakainya untuk menghadiri majlis terbuka.

Ini sehelai lagi baju saya yang dijahit manik labuci baru setelah yang lama dibuka.

Thursday, October 15, 2009

Seluar Jeans

Seluar jeans ini kepunyaan anak perempuan saya Amiera Adriana, disebabkan seluar jeans ini dibeli pada tahun lepas, walaupun jarang2 pakai kerana labuh & besar dan untuk menaikkan minatnya utk memakai seluar ini jadi saya menjahitkan manik labuci serta Butterfly yg diilham kan oleh Izan BnTB ( cth:ada terdpt dlm buku terbaru RJ)

Seluar ini dijahit dengan Butterfly

Ini pula cuma dijahit bunga2 & pattern seakan daun.

Layanzzzzzzz.....


Kedua-dua seluar jeans yang dijahit manik labuci, butterfly.

Sunday, October 11, 2009

Sweet Triangle

Salam Lebaran........
Rasanya dah lama sgt tak update blog ni(memang lama pun). Ini bj Cikgu Fauziah @ Kak Yah untuk hari raya merangkap untuk majlis menyambut menantu.

Mahukan design berbentuk 3 segi, lain dr design yg pernah sy jahit.

Bahagian leher dan terdapat sedikit sulaman benang.


Pada bahagian tangannya.

Membership BFC