Followers

Showing posts with label Jauhari Kerlipan. Show all posts
Showing posts with label Jauhari Kerlipan. Show all posts

Monday, July 27, 2009

Jauhari Kerlipan II

Baju ini kepunyaan Puan Ilham, dia ni regular customer saya, untuk hari raya tahun ini saja sebanyak 5 helai baju untuk dijahit manik labuci ( tp 1 bajunya masih di tailor & 1 baju lg saya hanya setuju menjahitnya selepas raya untuk bagi laluan kepada org lain ). Jadi pening jugak memikirkan design yg berlainan utk setiap baju.

Jadik saya memilih design Jauhari Kerlipan untuk baju kain siffon ni.

Pada bahagian lengan saya hanya menjahit manik tabur sahaja. Sebenar pada mulanya tuan punya baju hanya menyuruh saya menjahit dibahagian cuff & lengan saja..tiba2 tukar nak dibahagian leher jugak.

Untuk dibahagian cuff ni agak berkedut sbb kainnya terlalu lembut.

Wednesday, May 13, 2009

Jauhari Kerlipan


Baju ini kepunyaan kawan saya Puan Zahrah yang akan menghadiri perkahwinan adik iparnya pada cuti persekolahan yang akan datang ini. Diharap beliau berpuas hati dengan jahitan kali ini. Jahitan manik labuci ini saya namakan "Jauhari Kerlipan" supaya terus-terusan mengerlip-gerlip nanti ya.


Jahitan manik labuci dibahagian leher, ditaburi dengan pearl yang berwarna-warni.


Masih lagi dibahagian lehernya, menggunakan manik dan labuci.


Jahitan dibahagian tangan, ukuran tangan ni 3 inci. Dihiasi dengan batu2 dan bunga2 serta manik2 tabur.

Membership BFC