Followers

Monday, July 27, 2009

Jauhari Kerlipan II

Baju ini kepunyaan Puan Ilham, dia ni regular customer saya, untuk hari raya tahun ini saja sebanyak 5 helai baju untuk dijahit manik labuci ( tp 1 bajunya masih di tailor & 1 baju lg saya hanya setuju menjahitnya selepas raya untuk bagi laluan kepada org lain ). Jadi pening jugak memikirkan design yg berlainan utk setiap baju.

Jadik saya memilih design Jauhari Kerlipan untuk baju kain siffon ni.

Pada bahagian lengan saya hanya menjahit manik tabur sahaja. Sebenar pada mulanya tuan punya baju hanya menyuruh saya menjahit dibahagian cuff & lengan saja..tiba2 tukar nak dibahagian leher jugak.

Untuk dibahagian cuff ni agak berkedut sbb kainnya terlalu lembut.

No comments:

Post a Comment

Membership BFC