Ini adalah baju ke 3 Pn Ilham kawan saya. Saya banyak guna warna gold untuk baju ini.
Close-up bahagian leher.
Batu-batu kristal juga digunakan.
Ini baju ke 2 Puan Ilham..sama jugak pada mula beliau hanya meminta saya menjahit di kedua2 tangannya sahaja, jadi saya menjahit 3inci dibahagian tangan..tetapi memulangkan semula kepada saya untuk dijahit pada bahagian leher pula kerana katanya ini adalah baju 1st raya nak glamour sikit.
Bahagian tangan.
Baju ini kepunyaan Puan Ilham, dia ni regular customer saya, untuk hari raya tahun ini saja sebanyak 5 helai baju untuk dijahit manik labuci ( tp 1 bajunya masih di tailor & 1 baju lg saya hanya setuju menjahitnya selepas raya untuk bagi laluan kepada org lain ). Jadi pening jugak memikirkan design yg berlainan utk setiap baju.
Jadik saya memilih design Jauhari Kerlipan untuk baju kain siffon ni.
Pada bahagian lengan saya hanya menjahit manik tabur sahaja. Sebenar pada mulanya tuan punya baju hanya menyuruh saya menjahit dibahagian cuff & lengan saja..tiba2 tukar nak dibahagian leher jugak.
Untuk dibahagian cuff ni agak berkedut sbb kainnya terlalu lembut.

Baju ini berwarna hijau saya campurkan dengan daun kristal dan bunga kristal. Terdapat juga bunga-bunga yang dijahit dengan labuci dan sulaman benang saya selitkan dengan labuci kecil.

Disini juga saya megumumkan tempahan untuk raya telah ditutup. Sebenarnya agak lama jugak ditutup cuma saya tak publish disini, tapi memandangkan masih ada yang menelefon bertanya jadi saya war-war diblog ini.
Sampai saya terpaksa hold dulu baju ini dan beri laluan kepada baju2 yang lain. Apabila jemu telah hilang barulah saya menyambung semula. Syukur siap juga baju ini.
Baju yang sama tapi ada yang snap guna flash dan tak guna flash...ini hasilnya warnanya pun berbeza...kita layan jer laa.
Permintaan dari cikgu tersebut menginginkan jahit manik labuci hingga kesiku.
Ini adalah baju ke 2 sy menjahit pattern Jentayu, kalau dilihat kedua2 baju yg pertama dan kedua seakan2 sama...warna sama tapi jenis kain lain, yg ni silk dan yg sebelumnya jenis siffon, tapi kedua2nya memang agak sukar menikam nya almaklum laa kain2nya yg lembut.
Ada penambahan kristal pada baju ini.
Pada bahagian lehernya.
Close up leher
Close up tangan.