
Dari kiri Fid, akak le tu, rozabeads, zura bling2, izan72 &BnTB (gambar ihsan Izan72)

Baju rekaan saya

Salam,
Alhamdullillah Pertandingan Sulaman Manik Kristal FTiMdc 2009 telah melabuhkan tirainya, kepada para pemenang diucapkan tahniah. Pada saya Majlis Makan Malam tersebut sangat seronok dan meriah kerana dapat berjumpa dengan para beaders, sungguhpun saya masih baru didalam alam cyber ini dapat laa kenal dengan mereka semua secara dekat mahupun jauh...
Kepada semua pemenang memang cantik rekaan masing2, tak kurang jugak yang tak menang tetap vogue rekaan mereka. Tempat pertama memang tabik laa sebab mengambil masa selama 3 bulan untuk menyiapkan bajunya, tuannya pun manis orangnya tapi sayang saya tidak dapat mengambil gambarnya sebab kamera buat hal...biasa laa kamera cap ayam...hihihi.