Followers

Thursday, August 13, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Salam kepada semua pengunjung Eedamanik,

Disini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Sempena kedatangan bulan yang mulia ini saya menyusun sepuluh jari untuk memohon kemaafan jika ada salah dan silap sepanjang berchit chat dialam cyber ini.

Mungkin ramai yang megetahui apabila masuk bulan ramadhan profesion saya bertukar dari menjahit/menyulam manik labuci kepada membuat kek lapis ( lepas ni duduk kat spa laa pulak).

Jika ada sesiapa yang berhajat atau berkenan untuk membuat tempahan kek jangan malu-malu untuk sms/call/email saya. Anda semua dialu-alukan.

Untuk mengetahui jenis-jenisnya atau gambar yang lebih lanjut megenai kek lapis sila layari http://eedacakes.blogspot.com/

Sekian terima kasih

Pelancaran Buku Baru Rosita Jaafar

Pelancaran buku terbaru RJ Teknik Melakar Corak Sulaman telah diadakan di Restoran Berputar Seri Melayu, Menara Kuala Lumpur pada 9hb Ogos 2009 hari Ahad yang lalu. Majlis Hi Tea ini dihadiri oleh perserta2 Pertandingan Sulaman Manik Labuci yang telah dianjurkan oleh pihak FTIMdc. Setiap perserta pertandingan dihadiahkan dengan buku terbaru dan sebuah bingkai gambar yang terdapat rekaan masing-masing. Teruja dengan buku terbaru kerana design para perserta-perserta pertandingan terdapat didalamnya, tak berkelip-kelip mata saya membacanya.

Dapat berjumpa sekali lagi dengan para beaders sambil beramah mesra.




Gambar-gambar ini ada yang dicopy dari fp @ blog beaders lain.

Friday, August 7, 2009

Berry berry

Ini adalah baju untuk puteri saya Amiera Adriana. Amiera namakan bajunya sebagai Berry berry kerana banyak taburan berry dibajunya, ada campuran manik labuci dan sikit2 sulam benang.

Keseluruhan baju dijahit dengan berry berry tapi jarak2, tak larat laa Mia mama nak jahit rapat2.

Actually ni adalah baju raya tahun ni.

Close up leher...

Jentayu III

Baju Pn Norma dari Miri, saya menjahit pattern jentayu.

Bahagian leher disulami dengan manik labuci dan kristal.

Kerongsang

Terpesona dengan rekaan Bntb saya mejahit labuci pada baju kebaya kepunyaan Puan Suzana, apabila telah siap menjahit nampak lebih kepada kerongsang.

Taadaaaa 3 biji kerongsang telah siap.....

Friday, July 31, 2009

Jemeki Kilauan II

Ini adalah baju ke 3 Pn Ilham kawan saya. Saya banyak guna warna gold untuk baju ini.

Close-up bahagian leher.

Batu-batu kristal juga digunakan.

Monday, July 27, 2009

Jambangan Sari III

Ini baju ke 2 Puan Ilham..sama jugak pada mula beliau hanya meminta saya menjahit di kedua2 tangannya sahaja, jadi saya menjahit 3inci dibahagian tangan..tetapi memulangkan semula kepada saya untuk dijahit pada bahagian leher pula kerana katanya ini adalah baju 1st raya nak glamour sikit.

Bahagian tangan.

Membership BFC