
Saya menghadiri Majlis Hi Tea yang dianjurkan oleh Perkim Caw.Wanita Ulu Kelang pada 16 Mei 2009 di Flamingo Hotel Ampang. Majlis ini juga untuk meraikan Wanita Anggun dan Majlis Hari Ibu. Saya pun sebenarnya bidan terjun tak plan pun nak pergi tapi disebabkan ajakan kawan itu yang sampai jugak kesana. Majlis dirasmikan oleh YTM Tunku Panglima Besar Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz. Para artis yang menghiburkan para2 tetamu adalah Camelia dan Aishah ( Noramanik jgn mare akak pun jumpa Aishah) Sebenarnya tujuan saya upload gambar Aishah kat atas sbb manik kat baju nya...tak dapat ambik semua gambarnya, bahagian bawah baju pun ada manik jugak... saya snap kat bahagian dada sampai Aishah kata kenapa ambil gambar dekat sangat...klu org dah minat manik kasi hentam saja laa, sebenarnya dia tak tahu sy nak ambik gambar manik liplap2 dia hahaha...Jangan marah Aishah.

Bersama-sama penyanyi Aishah selepas membuat persembahan. Suara Aishah live memang mantap giler.... Aishah menyanyikan 4 buah lagu Camar yg pulang, One night only, Melukut ditepi gantang dan Bahtera Merdeka ( klu tak silap laa)Sebenarnya ramai orang berebut-rebut hendak bergambar dengan Aishah termasuk laa tuan tanah.... tak kisah asal kosong jer bergambar dan yang disebelah kanan Aishah tu pun sy tak kenal, main pakai snap jer....

Bergambar berlatar belakang pentas.

Para ibu2 yang yang menghadiri Majlis Hi Tea. Dari kiri Puan Ilham, Puan Wati (salah seorang pemenang Wanita Anggun), Eedamanik & Puan Yati.