Followers

Tuesday, September 8, 2009

Seroja

Baju anak buah Puan Sharina untuk diposkan ke Kuching. Sy guna hanya manik padi sebagai daunnya kerana kesuntukan masa utk membuat daun mengunakan manik.

Beliau berpuas hati dengan jahitan manik labuci ini, cantik katanya.

Berry-berry

Baju Nurul anak kepada kawan saya Puan Sharina, mahukan jahitan manik berry-berry seperti baju anak dara saya Mia, cuma bezanya berry-berry nya lekat tak berjuntai2 sebab takut putus kerana anaknya baru berusia 4 tahun. DIbahagian leher & tangan dijahit manik tabur..

Bahagian keseluruhan badannya.....

Bunga di Taman

Puan Ana baru kali pertama menghantar baru utk dijahit manik, hendak jahitan yang sangat simple, hanya mahukan jahitan labuci bersayap dibawah baju & dihujung tangan. Tapi saya memperindahkan dengan beberapa kuntum bunga-bungaan.

Ini laa hasilnya........

Baju Puan Aina ( jiran sebelah rumah ) menghantar jubahnya untuk diupgradekan, pun sama hanya mahukan jahitan dihujung tangan sahaja & mahu manik labuci warna putih & silver shj.

Mari layan gambar.......

Wednesday, August 26, 2009

Stone Garden

Finally siap jugak baju Puan Zahrah yg ke 3, mari layan gambar2 seterusnya.



Tetap ada juntaian pada tangan walaupun sedikit.

Layari : http://eedacakes.blogspot.com/

Kelopak Mawar

Baju ke 2 Puan Zahrah, Kelopak Mawar...hihihi ada rupa kelopak mawar ke?



Tetap ada juntaian dihujung tangan.

Mutiara Beriring & Berry

Baju kawan saya Puan Zahrah, menghantar 3 helai baju untuk dijahit manik labuci, ada lagi baju yang nak dihantar...saya kata stop dulu lepas raya sambung.

Kawan saya ini memang minat betul dengan juntaian2 pada hujung tangan. Ni adalah baju ke 2 dengan juntaian berry.

Saturday, August 22, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak



SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK.....SEMOGA PUASA KITA ALLAH TERIMA ...AMIN



Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat
.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA

Membership BFC