Followers

Wednesday, September 9, 2009

Pesona Ayu

Ini adalah baju ibunya pula, dinamakan Pesona Ayu sempena nama tuan punya baju. Baju pertama yang disulami manik labuci, jadi saya menggunakan warna-warna senada kerana bimbang warna-warna yang terang akan membuatnya tidak selesa. Mengkin selepas ni saya akan meletakkan warna-warna yang kontra pula.

Turut disulami dengan sulaman benang.

Dibahagian lehernya.

Dibahagian tangan.

Sulaman Benang

Baju 1st raya untuk anak-beranak Puan Ayu, baru kali pertama menghantar baju untuk disulam manik labuci. Untuk anak-anaknya hanya diminta menghiasi di tangan sahaja, kali ke2 saya menyulam pada tangan si adik kerana kainnya tak cukup umtuk dibuat baju.

Terdapat sulaman benang dan berry-berry lekat.

Baju si kakak, jugak disulami dibahagian tangan serta menggunakan benang sulan dwi warna.

Menggunakan labuci mangkuk dan kristal untuk daun-daunnya.

Tuesday, September 8, 2009

Huhuhuhu..........


Jika dilihat pada gambar nampak perbezaan tak? Tak kira samaada dari jenis kain @ manik labucinya. Baju ini sebenarnya kepunyaan 3 orang anak beranak ( ibu, kakak, adik ), kerana mahukan cepat siap saya meminta pada tailor yg menjahit baju ini tangannya shj iaitu tangan kakak & adik. Setelah siap menyulam manik labuci saya terus memulangkan kpd tailor tersebut utk dicantum pada badannya. Apa yang berlaku.................... huhuhuhu kain tak cukup dapat baju ibu dan kakak saja.........adik tak dapat, sedihnya...........lebih masalah lagi baju ini dibeli di Thailand ( mana nak dpt kain yg sama disini ). Setelah ibunya mencari kain yg seakan sama warna saya terpaksa menyulam sekali lagi.......cuma 2nd version lebih lebar jahitan manik labuci nya. InsyaAllah esok @ lusa sy upload gambar2 baju ibu, kakak dan adiknya.

Seroja

Baju anak buah Puan Sharina untuk diposkan ke Kuching. Sy guna hanya manik padi sebagai daunnya kerana kesuntukan masa utk membuat daun mengunakan manik.

Beliau berpuas hati dengan jahitan manik labuci ini, cantik katanya.

Berry-berry

Baju Nurul anak kepada kawan saya Puan Sharina, mahukan jahitan manik berry-berry seperti baju anak dara saya Mia, cuma bezanya berry-berry nya lekat tak berjuntai2 sebab takut putus kerana anaknya baru berusia 4 tahun. DIbahagian leher & tangan dijahit manik tabur..

Bahagian keseluruhan badannya.....

Bunga di Taman

Puan Ana baru kali pertama menghantar baru utk dijahit manik, hendak jahitan yang sangat simple, hanya mahukan jahitan labuci bersayap dibawah baju & dihujung tangan. Tapi saya memperindahkan dengan beberapa kuntum bunga-bungaan.

Ini laa hasilnya........

Baju Puan Aina ( jiran sebelah rumah ) menghantar jubahnya untuk diupgradekan, pun sama hanya mahukan jahitan dihujung tangan sahaja & mahu manik labuci warna putih & silver shj.

Mari layan gambar.......

Membership BFC