Followers

Thursday, April 23, 2009

Jalinan Chinta


Baju ni kepunyaan Puan Ilham, katanya nak pakai masa pergi dinner pada bulan mei nanti. Saya namakan Jalinan Chinta. Sebenarnya patternnya sama dengan bunga2 kembang setaman tu, material kain pun seakan sama.


Bahagian leher dan juga tangan.


Close up bahagian leher.

Tuesday, April 21, 2009

Juntaian Sayang......cerita lama


Bahagian leher, tak close up semua sebab sampai sekarang masih belum siap lagi. Sebenarnya baju ni saya masih menjahit lagi sebelum pergi dinner pada 0404. Saya namakan rekaan ini "JUNTAIAN SAYANG"


Ini bahagian tangannya.....


Salam semua
Sebenarnya nak cerita pasal tangan baju masuk paper the star, tak apa laa tangan pun jadi laa kah kah kah. Cerita lama dah nak basi pun, saja nak share.

Thursday, April 9, 2009

Jeng....jeng...


Horey....akak dapat lucky draw, nampak tak nombor bertuah nya...teropong...teropong


Cuba teka apa yang ada dalam kotak?



Jeng...jeng....ni laa hadiahnya. Kain batik yang disulam dengan labuci....cantik sangat....
disampaikan oleh mak RJ, Puan Maimunah Md Hatim.....akak memang admire gan kain ni dah lama, tup-tup dapat present seronoknya.

Wednesday, April 8, 2009

Juraian Qaseh


Dibahagian leher & tangan....layan......


Dibahagian tangan


Sebenarnya warna bajunya hijau seperti diatas, tapi atas masalah teknikal jadiklaa warna seperti diatas & dibawah...kita layan jer.


Sulaman labuci dan benang...tak pernah buat sulaman benang tapi atas tunjuk ajar cikgu Nora dan buku RJ.

Saya namakan rekaan saya "JURAIAN QASEH" sebelum ni rekaan saya tak pernah ada nama, tapi bila tengok kengkawan canggih2 bagi nama kat rekaan mereka, teringin gak bagi nama. Disini saya uploadkan baju rekaan saya untuk pertandingan ari tu, walaupun tak menang tapi puas hati dapat menyertai para2 beaders yang lain... Tapi kalau tengok rekaan para2 beaders tak tahu nak tepuk apa dahi, kepala, pipi semua nyer tepuk..... canggih2 masing2 punya baju...rasa diri kerdil sangat
...hihihi..

Pertandingan Sulaman Manik Kristal FTiMdc 2009


Dari kiri Fid, akak le tu, rozabeads, zura bling2, izan72 &BnTB (gambar ihsan Izan72)


Baju rekaan saya



Salam,

Alhamdullillah Pertandingan Sulaman Manik Kristal FTiMdc 2009 telah melabuhkan tirainya, kepada para pemenang diucapkan tahniah. Pada saya Majlis Makan Malam tersebut sangat seronok dan meriah kerana dapat berjumpa dengan para beaders, sungguhpun saya masih baru didalam alam cyber ini dapat laa kenal dengan mereka semua secara dekat mahupun jauh...
Kepada semua pemenang memang cantik rekaan masing2, tak kurang jugak yang tak menang tetap vogue rekaan mereka. Tempat pertama memang tabik laa sebab mengambil masa selama 3 bulan untuk menyiapkan bajunya, tuannya pun manis orangnya tapi sayang saya tidak dapat mengambil gambarnya sebab kamera buat hal...biasa laa kamera cap ayam...hihihi.

Saturday, March 7, 2009

Bunga-bungaan kembang setaman







Baju Kak Napisah, kakak ni byk jugak hantar bj utk dijht manik labuci, kakak ni mmang x byk kerenah apa yg dijht x pernah complain. Bj ni tiru design ala-ala my sifu noramanik & amoi.
Bunga-bungaan kembang setaman dihiasi dgn daun-daunan serta manik mutiara. Moga-moga tuan punya bj akan berpuas hati....
Nampak gayanya lepas ni kena stop sementara jht bj customer sbb nak bg laluan pada mega project...sebenarnya idea x da mari lg, nak design camner... tunnnggggggguuuuu..

Tuesday, March 3, 2009

Berry dan kuntuman bunga




Bunga sisik ikan & juntai berry di lengan serta manik terabur dihujungnya.


Manik & labuci dihujung baju...

Baju kepunyaan Mek Zah, baju dah siap tp simple sangat owner menyuruh saya menambah manik di petengahan lengan, hujung tangan & hujung baju. Buat seringkas yang boleh sbb tak mahu crowded sgt.

Membership BFC