Followers

Wednesday, December 16, 2009

Jambangan Sari Lieza




Bunga-bungaan


Baju Zahara hanya dijahit pada cuff ditangan.


Setiap kelopak menggunakan labuci berlainan warna, menggunakan warna batu-batu yang terdapat pada baju.

Saturday, December 12, 2009

PERTANDINGAN SULAMAN MANIK DAN LABUCI ANJURAN FTIMDC


Hampir setahun berlalu acara Majlis Makan Malam dan Pertandingan Piala Sulaman Manik & Labuci 2009 diadakan. Bagi mereka telah hadir dan juga kepada mereka yang tidak berpeluang untuk menghadiri acara gilang gemilang yang telah diadakan, pihak FTIMDC yang diasaskan oleh Puan Rosita Jaafar akan mengadakan acara tersebut seperti berikut :

Tarikh : 3 April 2010
Tempat : Tun Rahah Grand Ballroom, Yayasan Tun Abdul Razak, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Masa : 11.30 pagi

Terdapat banyak agenda menarik yang telah disusun dan tidak lupa juga tawaran hadiah yang menarik, MENUNAIKAN UMRAH kepada JOHAN PERTANDINGAN kepada mereka yang menyertai pertandingan PIALA SULAMAN MANIK DAN LABUCI 2010.
Kepada mereka yang berminat untuk hadir ke acara “LUNCHEON” dan PIALA SULAMAN MANIK DAN LABUCI 2010, anda boleh membeli tiket yang berharga RM75.00 dari pihak FTIMDC. Bagi mereka yang telah menyertai BEADERS FAN CLUB yang diasaskan oleh Pn Rosita, peluang terbuka kepada anda untuk membantu menjual tiket acara tersebut. Mereka yang menjual tiket sebanyak 10 keping, akan memperolehi 1 tiket percuma untuk acara tersebut.
Jadi, apa tunggu lagi, silalah daftar nama anda bagi menyertai acara majlis gilang gemilang ini.
Maklumat lanjut mengenai acara dan butir-butir pertandingan bolehlah klik

ACARA PERTANDINGAN PIALA SULAMAN MANIK LABUCI 2010

BORANG PERTANDINGAN



Friday, December 11, 2009

Monday, November 30, 2009

Jambangan Sari Kak Rose





Seroja Aidah

Baju anak-anak dara kecil Puan Aidah, baju si adik.

Baju si kakak.



Monday, November 16, 2009

Monday, October 26, 2009

Sakura

Idea datangnya dari fp lilymanik, kekalkan nama yang sama Sakura, tq lily
http://lilymanik.fotopages.com/

Cuma jahit pada bahagian tangan saja.

Wednesday, October 21, 2009

Jentayu

Baju Kak Sarah saya jahitkan pattern jentayu dibahagian tangan saja dan dia mahukan juntai-juntaian jadi saya jahitkan juntaian berbentuk daun cuma ditambahkan sedikit sulaman benang.


Upgrade

Baju Kak Norhayati Mohamad, sebenarnya saya cuma upgrade jer baju ni, saya tambahkan berry2 berjuntai dan berry2 lekat serta highlight dibahagian daun, pada bahagian bunga dah ada.

Exora Emas

Baju ini kepunyaan saya sendiri, sebenarnya ini bukanlaa baju baru, baju lama dan ada disulam manik labuci yang simple ( biasalaa tukang jahit manik baju mesti tak glam sebab tak sempat nak jahit manik labuci kat baju sendiri )

Bila tengok baju customer meriah gan manik labuci teringin pulak saya, jadi pada bulan syawal yang lepas saya menjahit baju sendiri saja ( untuk customer saya cuma menjahit dibahagian tangan saja, yg berat2 semua lepas raya )...tapi biasa laa bila baju sendiri punya laa lama menjahit, tak siap2.

Setelah manik lama dibuka dan ini laa hasil nya....dapat jugak saya memakainya untuk menghadiri majlis terbuka.

Ini sehelai lagi baju saya yang dijahit manik labuci baru setelah yang lama dibuka.

Thursday, October 15, 2009

Seluar Jeans

Seluar jeans ini kepunyaan anak perempuan saya Amiera Adriana, disebabkan seluar jeans ini dibeli pada tahun lepas, walaupun jarang2 pakai kerana labuh & besar dan untuk menaikkan minatnya utk memakai seluar ini jadi saya menjahitkan manik labuci serta Butterfly yg diilham kan oleh Izan BnTB ( cth:ada terdpt dlm buku terbaru RJ)

Seluar ini dijahit dengan Butterfly

Ini pula cuma dijahit bunga2 & pattern seakan daun.

Layanzzzzzzz.....


Kedua-dua seluar jeans yang dijahit manik labuci, butterfly.

Sunday, October 11, 2009

Sweet Triangle

Salam Lebaran........
Rasanya dah lama sgt tak update blog ni(memang lama pun). Ini bj Cikgu Fauziah @ Kak Yah untuk hari raya merangkap untuk majlis menyambut menantu.

Mahukan design berbentuk 3 segi, lain dr design yg pernah sy jahit.

Bahagian leher dan terdapat sedikit sulaman benang.


Pada bahagian tangannya.

Wednesday, September 9, 2009

Pesona Ayu

Ini adalah baju ibunya pula, dinamakan Pesona Ayu sempena nama tuan punya baju. Baju pertama yang disulami manik labuci, jadi saya menggunakan warna-warna senada kerana bimbang warna-warna yang terang akan membuatnya tidak selesa. Mengkin selepas ni saya akan meletakkan warna-warna yang kontra pula.

Turut disulami dengan sulaman benang.

Dibahagian lehernya.

Dibahagian tangan.

Membership BFC