Followers

Sunday, June 28, 2009

Jentayu

Puan Wati dari Setiawangsa memberi bajunya untuk diperindahkan dengan manik labuci.

Mari layan gambar2 seterusnya.


Bahagian leher


Leher dan tangan

Close up tangan, sebenarnya ditangan mempunyai 2 lapisan kain dan meminta saya menjahit juntai-juntaian dibahagian atasnya, tetapi saya hanya menjahit dengan pearl kerana juntaian itu akan menganggu bunga2 yang terdapat dilayer sebelah bawahnya.

Wednesday, June 24, 2009

Jambangan Sari II

Baju ini kepunyaan seorang cikgu disekolah anak sy belajar. Permintaan dari owner tersebut baju nyer yg berwarna purple hanya dihiasi dengan manik labuci yg berwarna purple sahaja tak kira light @ dark colour.


Tapi itulaa bila colour yg sama macam kureng sikit keseriaan...tak tahu laa kat mata orang lain tp kat mata sy tak berapa nak timbul...sy masukkan jugak colour pink sikit2, tp owner kata sikit jer tau colour pink tu.


Idea utk design ni sy ceduk dari blog +gGe+ ( credit 2 her )...

Jemeki Kilauan


Ini adalah 2nd baju, 1st sy jahitkan manik labuci Jambangan Sari, jadik yg kedua ubah sikit2 design dengan memasukkan tali air, labuci mangkuk dan kristal ( idea dtg dr inpirasi erramanik ), sekurang2nya ada kelainan diantara kedua-dua bajunya. Apa2pun sy sebagai tukang jahit manik labuci berharap sungguh tuan punya baju berpuas hati...sbb kadang2 memang susah nak puaskan hati orang ni...seperti orang kata rambut sama hitam hati lain2...tp dengar cerita tuan punya baju bukan laa seorang yg cerewet ( bj dihantar oleh kawan sy tanpa sy kenali tuannya ). Mari kita layan gambar2 seterusnya.....




Dibahagian tangannya.


Friday, June 19, 2009

Jambangan Sari

Manik ini dijahit diatas kain batik crepe yang bercorak abstrak...kain ini mempunyai agak banyak warna..Customer ini menghantar 2 helai bajunya untuk di jahit manik labuci. Semoga tuan punya baju berpuas hati dengan design ini.

Dibahagian leher ditaburi dengan labuci bulat dan labuci bunga.

Close up pada bahagian leher.


Bahagian tangan dijahit dengan bunga2 dan manik tabur.

Monday, June 15, 2009

Jaluran Mustika


Cuti persekolahan telah pun melabuhkan tirainya dan rutin harian pun bermula semula. ,Saya ada beberapa lg baju yg masih belum sempat disnap gambarnya dan disini salah satu gambar yg sempat disnap, ini adalah gambar baju Puan Zahrah yang dipakai semasa perkahwinan saudaranya semasa cuti persekolahan yang baru lepas. Oleh kerana ini adalah baju temanya, Zah meminta sy menjahit dgn manik labuci yg agak simple dan tak mahu terlalu sarat...dan inilah hasilnya... Sy namakan hasil saya kali ni " Jaluran Mustika " kerana pattern nya memanjang kebawah.... mari kita layan.....



Ini adalah dibahagian lehernya yg diturunkan panjang kebawah...



Close up bahagian leher...




Close up tangan..

Membership BFC